Tuesday, February 19, 2013

`` Tak seperti Dulu ``

Alhamdulillah,, syukur pada Allah Taala yang telah merancang segala yang terbaik buat kita semua, semoga dengan apa yang kita lalui akan membuahkan secomel-comel hasil disisi yang Maha ESA.. aamiin..

Lebih kurang 2 bulan unnie tak berceloteh disini,, Ya Allah rindu amat pada cik blog ni,, pada kalian jugak,, hati ni salu terpanggil nak berblogging tapi kekangan masa dan hal-hal yang berlaku selalu menjadi penghalang untuk unnie bersadai kat sini... unnie rindu kalian,, rinduuuu sangat tau..

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang telah berlalu ni.. kalau ikut hati unnie nak segalanya diceritakan dekat sini,, tapii.... mungkin akan,, mungkin tak kan diimbas kembali kot,, hehe,, tapi tak tahulah,, unnie ni manusia biasa,, kekadang rasa nak rahsiakan, tetiba terrrrr cerita pulak.. ehhe..

Segala yang dilalui dalam aturan Robbi,, kekadang tak mintak pun jadi macam tu,, tapi jadi jugak.. kekadang tak nak pun semua tu berlaku, tapi berlaku jugak.. kekadang nak sangat sesuatu perkara tu terjadi dengan kuasa Allah,, tapi tak terjadi pulak semua tu.. inilah yang dikatakan lumrah,, segalanya teratur, seiring dan sehaluan mengikut rentak yang Allah tetapkan..

Sebagai hamba-NYA,, haruslah kita terima seadanyakan,, Hihi.. rasa sedikit hambarkan...hurm.. it's ok.. tulisan kekadang mengikut mood orang yang mengarang.. ye x? rasa-rasala kan.. hehe..

Adeh panjang tu muqoddimah.. well2..

Untuk pengetahuan kawan2.. selama mana unnie menyepi ni salah satu sebabnya kerana mak unnie sakit.. kritikal dan sekarang telah kembali ke rahmatullah bertemu yang maha ESA pada last year tahun lepas,, 29122012 (sabtu)..

Hati sedih yang amat tapi dengan secebis kekuatan pinjaman Allah ni unnie rasa lega sebab segalanya telah Allah permudahkan..Allahdulillah.. semoga arwah mak unnie ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan solehah,, aamiin.. alfatihah..


Next time unnie nak kongsi sesuatu tentang sebuah kehilangan...:-)

Alhamdulillah jugak, selepas urusan arwah mak unnie selesai,, unnie dapat kerja.. mengajar disebuah sekolah rendah... yang ni pun unnie akan story dilembaran yang lain okeyy,, tak sabar nak kongsi suka duka..

Baiklah,, esok unnie ade kelas,, so sekarng ni dah lewat sangat,, nak beradu dah,, jangan lupa baca doa, berwuduk, solat witir 2 rakaat n niatkan tuk bangun tahjud,, insyaAllah mg Allah permudahkan segala urusan kita,, aamiin ya Allah..

Sampai disini dulu,, sekian.. saranghae.. (sebenarnya unnie tak suke kalau tak de gambar2..nextime okey,,ehhe)

notahatiunnie : kekadang mulut kita ringan je nak kata yang cinta Allah mengatasi segala cinta manuasiakan tapi sejauh mana kita mengotakan apa yang kita kate... tepuk dada tanya IMAN.. Ya Allah tetapkanlah hati kami.. moga kami terlindung dari cinta yang terlarang.. aaminn..

No comments: